HAKIKAT ISLAM - Hakikat Islam adalah dimaklumi bahawa
tiap sesuatu yang ada di alam ini tertakluk kepada kaedah tertentu dan
undang-undang yang khas. Matahari, bulan dan bintang-bintang menjalani
peredarannya mengikut suatu kaedah yang tetap. Ia tidak menyimpang dan kaedah
itu dan tidak terkeluar meskipun sesimpul rambut. Bumi beredar di sekeliling
kutubnya, tidak bergerak lebih daripada kadar yang ditentukan baginya.
Pergerakan dan perjalanan gerakannya tidak berlain dan tidak bertukar. Air,
udara, cahaya dan panas, semuanya berlaku mengikut peraturan yang khas.
Benda-benda beku, tumbuh tumbuhan dan binatang-binatang, semuanya mengikut cara
yang tetap, tidak mengembang dan tidak menyusut, tidak hidup dan tidak mati
melainkan dengan kehendak pengaturNya. Bahkan manusia sendiri, apabila anda
perhatikan ke adaannya, nyatalah kepada anda bahawa ia tunduk kepada ketentuan
tabi’i sepenuhnya. Ia tidak bernafas dan tidak merasakan hajatnya akan air,
makanan, cahaya dan panas melainkan mengikut undang-undang tabi’i yang berkenaan
dengan hayatnya. Dan kerana adanya undang-undang inilah, dengan sendirinya hati
manusia terpandu dalam gerak-gerinya, dalam peredaran darahnya, dalam keluar
masuk nafasnya. Kepadanya tertakluk seluruh anggota tubuhnya, seperti otak,
perut, paru-paru, urat-sarap, urat-urat daging, dua tangan, dua kaki, lidah, dua
mata, hidung dan telinga. Segala pekerjaan yang dilakukan oleh anggota-anggota
ini tidak akan berlaku melainkan mengikut apa yang ditentukan oleh tabi’i.
Mereka tidak akan berbuat apa-apa melainkan sejauh jalan yang telah ditetapkan
baginya.
![]() |
Hakikat Islam |
Adapun undang-undang
semesta, yang kepadanya Seluruh alam maujud ini menyerah, dan tiada kuasa
baginya menghindarinya, mulai danipada planet yang terbesar di langit, sampai
kepada butir pasir yang paling kecil di bumi, adalah ciptaan maha pemiik, maha
agung dan maha berkuasa.
Apabila setiap yang ada
dilangit, di bumi, dan di antara keduanya tertakluk kepada undang-undang ini
maka alam seluruhnya tunduk kepada pemilik yang maha berkuasa itu, yakni yang
menciptanya; ia mengikut akan segala perintah Nya. Dan sudut ini, nyata bahawa
Islam itu adalah agama sejagat semesta, kerana Islam bermakna takluk dan
mengikut segala perintah Maha Pemerintah dan menjauhi laranganNya tanpa bantahan
sebagai yang anda ketahui terdahulu. Mata hari, bulan dan bumi adalah
benda-benda Muslim (yang menundukkan din — pent). Udara, air,cahaya, kegelapan
dan panas adalah benda-benda Muslim. Pohon, batu dan haiwan adalah benda-benda
Muslim. Bahkan juga manusia yang tidak mengenal Tuhannya dan yang mengingkari
ujudNya dan yang mengingkari tanda-tanda kebesananNya, atau orang yang
bertuhankan selain Allah, atau yang menyengutukan Tuhan dengan yang lainNya,
adalah seorang Muslim dan segi fitrah yang telah difitrahkan kepadanya. Yang
demikian itu, kerana ia tidak dilahirkan, tidak hidup dan tidak mati melainkan
sesuai dengan apa yang telah digariskan Allah Ta’ala di dalam undang-undang yang
mengatur kelahirannya, yang mengatur hidup dan matinya. Demikian juga, setiap
anggota tubuhnya tidak menganut sesuatu agama melainkan agama Islam: kerana ia
tidak terjadi, tidak menjadi besar dan tidak bergerak melainkan mengikuti undang
undang Tuhan itu sendiri. Bahkan pada hakikatnya, lidahnya yang dipergunakannya
untuk menzahirkan pandangan pandangan syirik (menyengutukan Tuhan — pent.) dan
kufur secara bodoh dan jahat, tidak menganut agama — dalam dirinya — melainkan
agama Islam. Demikian juga kepalanya yang memaksanya tunduk di hadapan yang lain
daripada Allah tidak menganut sesuatu agama melainkan agama Islam, mengikut
fitrahnya yang telah difitrahkan ke atasnya. Demikian juga hatinya yang
mengaliri dirinya dengan cinta kepada selain Allah dan penghormatannya kepada
kejahilan dan kejahatan, seluruhanya ini adalah Muslim dan sisi fitrahnya dan
semulajadinya. Maka semuanya itu telah Islam (tunduk — pent.) kepada Allah dan
mengikut undang-undangNya. Jika anda telah memahami ini marilah kita lihat pula
dan sudut lain. Bagi manusia, dalam hidupnya ada dua pihak yang
berlainan:
Pertama: Ia tunduk kepada undang-undang fitrah,
mengikutinya begitu sahaja. Yang lain, kepadanya didatangkan akal, kekuatan
berfaham ketelitian dan pandangan, maka ia menjadi Islam pada satu pihak dan
ingkar pada yang lain. Ia menyukai satu jalan dan membenci cara.yang
lainnya.
Diletakkannya dalam
dirinya pengawal bagi sudut-sudut ke hidupan yang bermacam-macam itu. Atau ia
menerima peraturan-peraturan kehidupan yang diletakkan oleh orang lain. Ia tidak
terbelenggu di dunia ini. Bahkan ia mempunyai kemerdekaan berfikir dan memilih
dalam pandangan dan perbuatan. Ini adalah dua golongan yang berlainan yang
dijumpai dalam hidup manusia. Setiap orang mengikut apa yang ada padanya.
Golongan yang pertama adalah Muslim yang telah tercipta atas Islam dan telah
terfitrah untuk melaziminya. Ia menyertai makhluk lain di alam ini. Ini telah
pun anda ketahui terdahulu.
Golongan yang
lain, Islam atau tidaknya
adalah dengan piihan. Dan pilihan ini menyebabkan manusia tergolongan dalam dua
golongan:
Manusia yang mengenal
penciptanya, beriman kepada Nya sebagai Tuhan, pemilik dan tuan bagi dirinya. Ia
mengikuti undang-undang syara’Nya di dalam kehidupan pilihannya (ikhtiyariyyah),
sebagaimana ia menurut kepada undang undang tabi’iNya dalam kehidupan paksaannya
(al-jabariah). Inilah orang Muslim yang sempurna, yang telah menyempurnakan
Islamnya, kerana kehidupannya sekarang telah menjadi Islam itu sendiri. Ia telah
menundukkan diri — secara gemar dan ta’at — kepada yang dipatuhinya dan yang ia
terikat kepada undang-undangNya tanpa perasaan sebelumnya.
Dan jadilah ia sekarang
— secara qasad dan sengaja — ta’at kepada Tuhannya, yang sebelum itu dipatuhinya
tanpa qasad dan kemahuan. Dan jadilah ilmunya itu benar, kerana ia mengenal
Allah penciptanya dan Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan ilmu
dan belajar. Dan jadilah akalnya matang dan pandangannya kemas, kerana dia
mengamalkan fikirannya, kemudian ia menetapkan hokum bahawa ia tidak akan
mengabdikan dirinya melainkan kepada Allah yang telah memberinya kemuliaan
dengan kebijakan berfaham dan berfikir di dalam perbagai perkara. Dan jadilah
lidahnya benar, memperkatakan yang hak, kerana ia sekarang tidak berikrar
melainkan kepada Tuhan yang esa, ialah Allah yang maha tinggi yang telah
mengurniakan kepadanya kekuatan berucap dan berkata. Tiadalah yang tinggal lagi
sekarang di dalam kehidupannya melainkan kebenaran, kerana ia terikat kepada
undang-undang Allah, kerana ia telah memilihnya di dalam urusannya. Dan menjadi
panjanglah tonggak perkenalan dan keramahtamahan antara dirinya dengan semua
makhluk di alam ini, kerana ia tidak mengabdi melainkan kepada Allah yang maha
bijaksana dan maha mengetahui.
Tuhan yang kepadaNya
seluruh makhluk ini memperhambakan diri, tunduk kepada penintah-Nya dan terikat
kepada undang-undang Nya Sekarang, jadilah ia khalifah Allah, yaitu naib-Nya di
muka bumi ini. Setiap benda didunia ini adalah untuknya. Dan dirinya adalah
untuk Allah Ta’ala sendiri-Nya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar