Sabtu, 30 Mei 2015

Hukum Kekekalan Massa dan Ciptaan

Hukum Kekekalan Massa dan Ciptaan - Apabila kita melihat api, dan kita kenal apakah mereka, tetapi apabila kita lihat api ini sedang membakar tinggi adakah kita pernah berhenti untuk bertanya pada hakikatnya, apakah mereka. Hari ini kita tahu yang api adalah dikompos oleh gas-gas yang bersatu dengan gas-gas di udara, tetapi, sebelum irli setengah-setengah ahli kimia berfikir bahawa terdapat bahan-bahan yang tidak dapat dilihat di dalam arang dan minyak, yang mana apabila terdapat nyalaan, ia dilepaskan di dalam bentuk api, dan mereka telah menamakan bahan ini sulfur. Idea ini telah mengumpul banyak penyokong-penyokong, dan ramai ahli-ahli sains bersetuju dengan pendapat ini, yang seterusnya memanggil bahan yang ghaib ini, phlogiston.

hukum kekekalan massa

George Ernst Stahl berkata yang phlogiston adalah satu bahan yang melarikan din dan dia merupakan asas dan zat api, dan ia tersembunyi di dalam bahan-bahan yang boleh terbakar dan dilepaskan sewaktu pembakaran di dalam bentuk api. Beliau berkata sebab yang membuatkan kayu, arang dan minyak terbakar dengan mudah ialah kerana ujudnya phlogiston yang lebib banyak di dalam mereka, manakala logam pula kekurangan bahan ini.

Beliau dan lain-lain pengikut idea ini percaya yang di dalam pembakaran besi, phlogiston dibebaskan dan apa yang tinggal membentuk karat. Merekajuga berkata iaitu apabila sulfur dibakar phlogiston dibebaskan dan apa yang tinggal ialah. gas yang tidak berwarna dipanggil phlogiston.

Rouelle seorang ahli sains Perancis, seorang ahli kimia yang agung dan guru Lavoiseir, juga menerima theori ini, dan telah mencuba dengan hebatnya untk membuktikannya.

Lavoiseir, ahli sains Perancis, salah seorang penemu kimia moden, telah membuat kajian tentang apa yang dikatakan oleh gurunya, Rouelle, dan ahli-ahli sains yang lain telah menggunakan banyak masa dalam memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh mereka, hingga dia sedar bahawa kepercayaan di dalam phlogiston adalah tidak berasas.

Di dalam tahun 1772 beliau telah menyelenggarakan pembakaran sekeping plumbum dengan memfokaskan sinaran matahari ke atasnya dengan menggunakan kanta pembesar. Beliau mendapati yang berat plumbum ini bertambah. Beliau pun mengagak yang sebahagian daripada udara telah bersatu dengan logam ini yang telah menambah beratnya, jika phlogiston ujud di dalam logam ini, nescaya berat logam ini akan berkurangan. Dengan itu beliau menuntut, yang teori phlogiston ini patut dibatalkan.

Dalam menyokong pendapatnya beliau menambah yang jika plumbum yang terbakar ini dibakar sekali lagi a akan mengembalikan bahagian udara yang telah diambi(nya dan sekali lagi akan kembali kepada plumbum.

Di dalam tahun 1776 beliau inenjalankan ujikaji di mana beliau rnetetakkan satu mangkuk pijar raksa di atas sebuah alat pemanas untuk selama dua belas hari Tidak lama selepas itu satu lapisan nipis yang berwarna merah didapati di atas permukaan raksa tadi. Beliau mendapati bahawa udara yang bersentuhan dengan raksa tadi boleh memberikan kehidupan. Beliau mengambil keputusan bahawa sebahagian dari udara di dalam mangkuk pijar itu telah bertindak dengan raksa, membentuk satu lapisan nipis berwarna merah. Demi untuk memastikan hal ini, beliau mengasingkan lapisan nipis yang berwarna merab itu dan memanaskannya. Di sini beliau mendapati yang satu gas telah dibebaskan darinya, dan gas ini menjamin kehidupan, dengan itu beliau sampai kepada konklusi laitu tiada sesuatu apa pun yang hilang dari raksa pabila dipanaskan, tetapi sebaliknya terdapat gas dari udara luar yang bersatu dengan raksa membentuk mercurous oxide (HgO)

Lavoiseir seterusnya menegaskan bahawa tidak terdapat sebarang bukti bagi keujudan phlogiston, dan di dalam reaksi kimia, berat total semua bahan-bahan yang diakibatkan dari reaksi tadi. Dengan lain perkataan, “Rien ne se pera et rien ne se crea.” (Tiada satu pun yang dihapuskan dan tiada satu pun yang dicipta).

Dengan cara ini teori phlogiston kehilangan penyokong-penyokongnya. Hari ini kita tahu bahawa apabila sesuatu benda terbakar, ini adalah disebabkan oleh penyatuannya dengan oxigen, dan bukannya disebabkan oleh bahan yang tidak dapat dilihat keluar daripada pembakaran di dalam bentuk api. Walau bagaimanapun, sejarah phlogiston dihapuskan dan tiada satu pun yang dicipta. dan beliau Sedang rnenunjukkan kepada asal usul pcnciptaan alam yang menipakan satu masalah yang berbentuk falsafah.

Malangnva, setengah-setcngah orang. berfikir yang Lavoisier ingin menjawab soalan yang berbentuk falsafah, menekankan yang kejadian dari hal ciptaan adalah tidak botch dibandingkan dengan teori Lavoisier, kerana beliau telah berkata bahawa tidak ada sesuatu apa pun yang dicipta dan tidak ada saw apa pun yang dihapuskan. Mereka bertanya bagaimanakah satu benda itu boleh dicipta dari sesuatu yang Iangsung tidak apa-apa pun? Walaupun begitu dengan merujuk kepada sejarah kedua­dua teori tadi nyata bahawa Lavoisier hanya menunjuk kepada reaksi reaksi kirnia yang berlaku di dalam dunia hari ini, dan be!iau bermaksud bahawa alam ini adalah di dalam batasnya yang tertentu yang mana tidak ada satu pun yang boleh ditambah kepadanya ataupun tidak ada sesuatu pun yang boleh diambil darinya. Dan masalah samada alam ini dicipta ataupun Ia adalah kekal tanpa permulaan dan akhiran, yang merupakan satu masalah berbentuk falsafah yang mana teori-teori Lavoisier hanyalah berdiam din mengenainya.

Soal pokok di sini ialah apabila kita mengetahui teori­teori saintifik dan juga idea-idea saintifik, kita perlu meneliti dengan dalam tentang apa yang telah dikatakan dengan hati-hati menguji setiap satu dari teori-teori ini dengan pakar-pakar di dalam bidang-bidang tertentu supaya kebenaran akan menjadi jelas, kerana adalah mungkin bahawa kekurangan perhatian yang ditunjukkan kepada hat ini boleh mengakibatkan kelemahan di dalam kepercayaan-kepercayaan kita.


Tambahan lagi kita tidak boleh menerima sebarang teori tanpa terlebih dahulu mengujinya dengan berhati­-hati dan menganggapnya sebagai satu hakikat ilmi yang ;idak berubah. Terdapat banyak teori-teori yang telah disokong berzaman-zaman lamanya oleh terpelajar­terpelajar yang berbeza, tetapi teori-teori ini telah disangkal kemudiannya dan semua kesan-kesannya telah pun dihapuskan. Satu contoh yang dapat diberikan di sini ialah teori phlogiston, yang mana sejarahnya telah diterangkan terlebih dahulu. Malah teori Lavoisier telah kehilangan bentuk aslinya (prinsip keabadian matter) dan telah bertukar menjadi prinsip keabadian matter dan tenaga. Sebagai contoh jika lapan gram oxigen diletakkan untuk bertindak dengan satu gram hidrogen, teori Lavoisier akan meramalkan bahawa sembilan gram air akan dibentuk, tetapi sekararig kita faham, menerusi pengiraan yang lebih tepat bahawa sebahagian kecil daripada bahan-bahan tadi bertukar kepada tenaga dan berat air yang terbentuk hasil dari reaksi ini adalah sedikit kurang dari sembitan gram.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar