Makna Iman - Apa yang kami sebut tadi
dengan istilah ilmu, pengenalan dan yakin itulah dia “iman” itulah dia makna
perkataan “iman” itu sendiri. Setiap orang yang mengenal keMaha Esaan Allah,
sifat-sifatNya yang hakiki, undang-undangNya dan pembalasanNya kepada
hamba-hambaNya pada Hari Qiamat berkenaan dengan perbuatan mereka, kemudian
diyakininya semua itu, dan keyakinannya itu tumbuh dan keputusan dirinya
sendiri, itulah dia orang yang “mu’min” Sebahagian daripada natijah iman itu
hendaklah manusia itu muslim, ertinya ta’at kepada Allah dan mengikuti undang
undangNya.
![]() |
Makna Iman |
Boleh jadi dan
keterangan ini anda mengenal sendiri bahawa manusia itu tidak mungkin menjadi
seorang muslim melainkan apabila ia mu’min. Maka hubungan Iman dengan Islam
adalah seperti hubungan benih dengan pohon. Bahawa sebatang pokok tidak akan
tumbuh melainkan dengan adanya benih. Meskipun boleh terjadi benih yang
diletakkan di tanah tidak menumbuhkan pokok. Atau ia tumbuh juga tetapi
mempunyal cacat, yang bolehjadi disebabkan oleh tanahnya gersang atau oleh
sesuatu kekurangan pada udara. Demikian jugalah tidak mungkin seorang manusia
itu menjadi muslim apabila dalam hatinya tiada iman. Meskipun mungkin ada iman
dalam hatinya tetapi islamnya tidak sempuma, yang disebabkan oleh kelemahan
tekadnya, atau kerana sesuatu kekurangan di dalam pelajaran dan pendidikannya,
atau kerana akibat keadaannya.
Jika anda memaklumi ini
ketahuilah bahawa dengan memperhatikan dua pokok ini: Iman dan Islam, manusia
itu dapat digolongkan ke dalam empat peringkat:
(1) Mereka yang beriman
kepada Allah, yang imannya mendorongnya untuk menjadi orang yang menta’ati
Allah, mengikuti hukum-hukumNya dengan sempurna. Mereka menjauhi setiap
pekerjaan yang ditegah Allah, seperti manusia menjauhi menggenggam batu panas
neraka dalam tangannya. Mereka bersegera mengerjakan amal yang diredhai Allah,
sebagaimana manusia bersegera untuk mencari harta. Mereka itulah orang yang
mu’min sebenarnya.
(2) Méreka yang beriman
kepada Allah, tetapi imannya tidak menjadikan mereka ta’at kepadaNya dan tidak
mendorong mereka mengikuti hukum-hukumNya dengan sempuma. Mereka ini, meskipun
imannya tidak sampai kepada peringkat sempurna, tetapi mereka adalah muslim
dalam setiap keadaannya. Mereka akan disiksa sebanyak maksiat yang mereka
lakukan. Mereka ditempatkan di tempat orang berdosa, dan tidak di tempat
pemberontak yang murtad, kerana mereka mengakui kerajaan Tuhan dan mengaku
tunduk kepada undang-undangNya.
(3) Mereka yang tidak
beriman kepada Allah, tetapi mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang
menyerupai perbuatan muslimin. Mereka ini pada hakikatnya adalah pemberontak.
Adapun perbuatan mereka yang kelihatan shalih pada zahirnya itu, bukanlah ta’at
kepada Allah, dan bukan kerana mengikut undang-undangNya. Perbuatan Sepertj itu
tidak masuk perkiraan. Mereka ini seakan-akan seorang tokoh yang tidak
mengi’tiraf kerajaan seorang raja dan tidak tunduk kepada undangundangnya.
Apabila terbit daripadanya perbuatan yang tidak menyalahi undang-undang raja
itu, tidaklah bererti bahawa ianya berpuashati dengan raja itu dan mematuhi
undang-undangnya, melainkan ia adalah seorang yang melawan perintahnya, yang
keluar dan pada undang-undangnya.
(4) Mereka yang tidak
beriman kepada Allah, juga mengerjakan perbuatan jahat yang berlawanan dengan
hukum dan undang-undangNya. Mereka ini adalah sejahat jahat manusia, pemberontak
yang menimbulkan kebinasaan. Nyata danipada pembahagian ini bahawa iman itulah
yang menyampaikan manusia kepada kejayaannya dan kebahagiaannya di dunia dan di
akhirat. Islam tidak akan lahir — sempurna atau cacat — melainkan dan benih
iman. Apabila tidak ada iman, maka kufur akan tumbuh. Kufur adalah lawan Islam,
ertinya: keluar danipada perintah Allah dengan peringkat yang
berlainan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar