Selasa, 02 Juni 2015

HAJAT MANUSIA KEPADA ILMU DAN YAKIN UNTUK TA’AT

HAJAT MANUSIA KEPADA ILMU DAN YAKIN UNTUK TA’ATTelah anda ketahui bahawa Islam itu ialah ta’at akan Allah Ta’ala dan menundukkan diri kepada hukum dan titah perintahNya. Sekarang kita hendak menerangkan kepada anda bahawa manusia itu tidak mampu menta’ati Allah, mengikuti undang-undangNya dan melalui jalanNya melainkan apabila ia mengetahui beberapa perkara dan pengetahunannya itu sampai kepada peringkat yakin. Sesungguhnya, untuk tujuan ini, yang pertama-tama wajib ke atas manusia hendaklah ia yakin dalam hatinya akan adanya Allah Ta’ala. Kerana jika ia tiada menyakini wujudNya bagaimanakah ia boleh menta’atiNya dan mengikut undang-undangNya? 

Hajat Manusia kepada ilmu

Demikian juga, wajiblah ia mengenal sifat-sifat Allah kerana jika ia tidak mengenal bahawa Allah itu Esa, tiada sekutu bagiNya pada ketuhananNya, bagaimanakah ia boleh menolak daripada menundukkan kepalanya dan menghulurkan tangannya di hadapan yang bukan Allah? Demikian juga, jika ia tidak yakin bahawa Allah itu mendengar, mengetahui dan melihat segala-galanya, bagaimanakah ia boleh menahan dirinya daripada memaksiatiNya dan lari danpada perintahNya Dan semua itu teranglah bahawa tidak mungkin manusia berhias dengan sifat-sifat yang lazim yang wajib dihiasi dirinya dengan sifat-sifat itu, dalam fikirannya, dalam amalnya dan dalam budipekertinya, untuk melalui jalan Allah yang lurus, selama ia tidak mengenal sifat-sifat Allah Ta’ala, dan sifat-sifat itu tidak dilingkupi oleh ilmunya yang benar dan sempurna. Dan tidak cukup ia menguasai ilmu semata-mata, tetapi sewajarnya ilmu itu tertanam di dalam lubuk hatinya, supaya hatinya menjadi terpelihara daripada sangkaan-sangkaan yang salah, dan hidupnya terpelihara daripada perbuatan yang menyalahi ilmunya sendiri. 

Kemudian, wajiblah kepada manusia mengenal jalan yang benar untuk menjalani hidup di dunia ini jalan yang bersesuaian dengan keridhaan Allah Ta’ala. Ia memilih sesuatu yang disukai oleh Allah Ta’ala. Ia menjauhi sesuatu yang dibenci oleh Allah Ta’ala. Untuk maksud ini — manusia tidak dapat tiada mestilah mengenal undang-undang Allah. Hendaklah ia yakin bahawa undang-undang itu berasal dan pada Allah Ta’ala, dan bahawa ia tidak akan mencapai keridhaan Allah sehingga ia mengikut undang-undang ini dalam hidupnya dengan cara yang sempurna. Kerana jika ia tidak mengenal undang-undang ini daripada asalnya bagaimanakah ia mengikutinya dalam hidupnya? Dan jika ilmunya mengenai undang-undang ini tidak mencapai darjat yakin, atau jika ia masih mengira bahawa di dunia ini mungkin ada undang-undang lain yang kebenaran dan kekemasannya serupa dengan undang-undang Tuhan, bagaimanakah ia boleh mengikutnya dengan sungguh-sungguh?. 

Kemudian, hendaklah manusia itu mempunyai penge tahuan mengenai kesan-kesan perbuatannya jika ia memilih memaksiati Allah daripada menta’atiNya, dan jika ia tidak melalui jalanNya yang lurus; atau apabila ia mengekalkan ta’at kepadaNya dan mengikut undang-undangNya selama hayatnya. Untuk maksud ini tak dapat tiada ia hendaklah menyakini akan hidup akhirat dan bahawa ia akan berdiri di hadapan Tuhan Yang Maha Tinggi pada Hari Qiamat. Hendaklah ia meyakini pembalasan Tuhan atas segala ‘amal nya, jika baik dibalas baik, dan jika jahat dibalas jahat. 

Bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai hidup akhirat, dalam pandangannya serupa saja ta’at dengan maksiat tiada beza antara keduanya; hamper-hampir ia tidak sangup membezakan di antara kesan-kesan nya yang berlainan. Ia menyangka bahawa yang ta’at kepada Allah dan yang memaksiatiNya serupa sahaja tempat kembalinya selepas mati. Bagaimanakah boleh diharapkan dan tokoh seperti ini akan menahan dirinya danipada bergelumang dengan dosa selama ia tidak takut dirinya ditimpa oleh mudarat kejahatan itu sepanjang hayatnya didunia, atau akan menyabarkan nafsunya untuk mematuhi Allah dan menahan diri dan segala kekerasan dan tuntutan nafsunya itu? Tiada mungkin mengekalkan ta’at akan Allah dan mengikut undang UndangNya oleh seorang tokoh yang meskipun mengetahui tentang kehidupan akhirat dan tentang berdirinya di hadapan Allah pada hari qiamat tetapi ilmunya tidak sampai kepada peringkat yakin. Sesungguhnya manusia itu hampir-hampir sentiasa dalam keadaan sangsi dan ragu-ragu, sedangkan yang memungkinkannya untuk mengekalkan sesuatu perkara dan menentapkan dirinya dalam keta’atan ialah apabila ia mempunyai keyakinan yang penuh bahawa perkara itu akan memberi manfaat bagi dirinya. Demikian jugalah, ia tidak akan sanggup menjauhkan dirinya daripada sesuatu perkara melainkan ia mempunyai keyakinan bahawa perkara itu akan mendatangkan mudarat bagi dirinya. 


Dan semua ini nyatalah bahawa jika anda hendak melalui salah satu jalan, tidak dapat tiada anda mestilah mengenal natijah dan kesudahan jalan itu di mana ia akan memberhentikan anda. Sayugianyalah pengenalan itu sampai kepada peringkat yakin dan dipercayai. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar