Selasa, 02 Juni 2015

Faedah-faedah Islam

Faedah-faedah Islam  - Di atas tadi adalah kemudratan kufur dan kesan-kesan.. nya. Sekarang marilah kita perhatikan faedah-faedah apakah yang diberi oleh Islam apabila kita mematuhinya dan kita rela mengikutnya. 

Faedah Islam

Dan keterangan yang lampau anda telah pun mengetahui bahawa alam ini penuh tanda dan alamat yang tersebar pada setiap sudut yang menunjukkan kellahian dan keTuhanan Allah. Makmal alam yang besar ini, yang kita lihat beredar terus menerus, tunduk kepada peraturan semesta dan undang undang yang tetap. Dengan lisan-halnya, ia menjadi saksi bahawa pencipta dan pentadbir urusannya adalah pengatur agung, mempunyai kuasa dan kekuatan yang besar. Tiada sesuatu, baik yang di bumi mahupun yang di langit, yang terkeluar daripada pengaruhNya. Telah anda ketahui juga bahawa manusia mengikut fitrahnya mestilah mentaatiNya seperti seluruh alam semesta in Anda menyaksikan bahawa benda-benda alam ini mengikuti peraturan Tuhan siang dan malam tanpa disedaririya. Adalah suatu perkara yang mustahil bagi manusja untuk tetap tinggal hidup jika ia menyalahj undang-undang tabi’i.

Berbeza dengan yang lainnya. Allah s.w.t. telah menghebahkan kepada manusia suatu perkara khas, yaitu kebebasan mempunyai kemahuan, dan telah mengurniainya kelebihan daripada makhluk alam yang lain, yaitu penguasaan ilmu pengetahuan, kekuatan berfikir dan kesanggupan membeza kan yang baik dan yang jahat. Manusia itu dengan ilmunya, akalnya dan kekuatan pembezaannya, tunduk kepada ujian dalam kebebasannya ini. Dengan mata penciptanya, ia sentiasa meljhat betapa dan untuk apa kemerdekaan itu dipergunakan Dalam ujian ini, manusia tidak dipaksa melaksanahan rancangan yang tertentu. Andaikata ia dipaksa nescaya batallah tujuan dilakukannya ujian itu. 

lni adalah perkara yang nyata. Tiada kemusykilan dalam memahamkanya. Kerana, andaikata di atas kertas peperiksaan yang diletakkan di hadapan anda termaktub soalan yang anda terpaksa memberi jawapan yang telah ditentukan, apakah gunanya ujian ini dilakukan? 

Sebenarnya, tidak akan nyata kemampuan anda dalam erti yang sesungguhnya melainkan apabila anda boleh memiih jawapan yang anda kehendaki dalam peluang yang seluas luasnya. Jika jawapan anda itu benar luluslah anda dalam ujian itu. Terbukalah di hadapan anda pintu kemuliaan dan kesempurnaan di masa depan. Tetapi jika jawapan anda salah, anda gagal dalam ujian itu. Maka tertutuplah pintu kemuliaan di hadapan anda. 

Demikianlah Allah telah mengurniakan kepada manusia ini kemerdekaan dalam menempuh ujiannya dan memberinya piihan jalan mana yang dikehendakinya dalam menempuh hidupnya. 

Jika seseorang tidak mengenal fitrah dirinya dan tidak pula fitrah alam ini tersalah dalam mengenal khaliqnya serta sifat-sifat khalik itu, memilih jalan ma’siat dan kedurhakaan, tidak dapat mengambil manfaat daripada kebebasan menentukan kehendak maka ia akan menghadapi kegagalan yang nyata dalam ujian ilmu dan akalnya, di dalam kekuatan pembezaan antara yang baik dan yang buruk dan perasaannya tentang kewajipan, ia akan menyaksikan dirinya sebagai seorang yang duduk di bawah kerak yang paling bawah dalam setiap segi hidupnya, dan patutlah jika segala pekerjaannya menjadi mereng sebagaimana anda telah pun mengetahuinya. 

Seorang lain telah melulusi ujian ini : Ia menggunakan fikirannya, mengambil faedah yang betul daripada ilmu dan akal yang dikumiakan kepadanya, maka ia mengenal penciptanya dan beriman kepadaNya meskipun ia tidak dipaksa untuk berbuat demikian. Dengan cara demikian ia tidak tersalah dalam membezakan yang baik dengan yang buruk. Ia memilih yang baik dengan kebebasan fikirannya, meskipun di hadapannya tiada sesuatu yang menghalanginya daripada cenderung ke arah kejahatan jika ia mahu. Ia menjadi bijak kerana fitrahnya. Ia mengenal Tuhannya. Ia melakukan ta’atsetia meskipun ia boleh memilih di antara patuh dan derhaka. 

Apakah yang telah meluluskannya dalam ujian ini dan yang menyampaikannya kepada tujuan? 

Semua itu disebabkan kerana ía mempergunakan akalnya dengan baik. Ia mengambil faedah daripada dua mata, dua telinga dan otak nya. Kalbunya yang hitam itu memerintahnya untuk tidak melakukan perkataan dan perbuatan melainkan yang benar sahaja. Demikianlah datang kepadanya keterangan yang benar kerana ia mengena yang benar, kerana pengenalannya akan Tuhannya, dan kerana ia mengikuti yang benar dan langsung memegangnya Ke’ajaiban apakah yang terjadi pada orang yang telah mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat itu, orang yang telah dilingkupi oleh sifat-sifat mulia seperti ini?. 

Dalam gelanggang ilmu dan amal tiada pilihannya melainkan jalan yang benar dan lurus. Kerana orang yang mengenal Tuhannya dan sifat sesungguhnya Ia telah mengenal permulaan ilmu dan kesudahannya. Orang yang seperti ini tidak mungkin melangkah melalui jalan yang sesat dalam hayatnya kerana langkah pertama yang dilangkahkannya adalah berdasarkan ilmu dan pandangan, dan baginya tiada tersembunyi akhir jalan yang ditujunya Anda saksikan ia meneliti ke’ajaiban langit dan bumi. Ia berusaha mengenal rahsla alam dengan cara falsafah, tétapi ia tiada tersesat di dalam kegelapan syak dan ragu-ragu. Ia menggunakan ilmu pengetahuan sains untuk mengenal undangundang tabi’i. Dan alam itu dikeluarkannya perbendaharaan yang tersembunyi. Terbuka baginya kekuatan yang disimpankan Allah di dalam dunia dan di dalam diri manusia. Ia melahirkan cara-cara mengambil manfa’at daripada berbagai benda di langit dan di bumi. Tetapi taqwanya kepada Allah dan gentarnya akan berdiri di hadapan Tuhan pada hari Qiamat kelak mencegahnya daripada menggunakan ilmunya ke jalan yang salah pada setiap langkahnya. Dirinya sentiasa tidak terpesong dalam setiap marhalah perjalanan hidupnya, sehingga ia merasa menguasai semua ini, atau ia merasa menang ke atas tabi’i, sehingga bolehlah ia mempergunakan ilmunya untuk mengambil manfa’at bagi dininya, dan untuk menguasai dunia, menaklukkan negeri-negeri, sehingga dengan ilmunya itu ia menanamkan ketakutan di dalam hati manusia dengan membinasakan pertanian, keturunan dan melakukan penumpahan darah. 

Kebinasaan seperti itu tidak akan berlaku melainkan oleh perbuatan saintis yang kafir. Adapun saintis Muslim, setiap kali bertambah ilmu sainsnya dan kemahiran dalam ilmu itu dan pengenalan akan rahsia langit dan bumi, akan bertambahlah imannya kepada Allah, bertambah keyakinannya akan kemahaesaanNya, bertambah syukurnya ke atas ni’matNya, dan akan bertambah kukuh i’tikadnya bahawa Tuhannya tidak akan memberinya pengetahuan mengenai hukum tabi’i melainkan supaya jadilah ia pelayan kepada hamba-hambaNya, dan mengusahakan sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepadanya dan kepada ummat manusia seluruhnya. Yang demikian itulah kesyukuran yang sebenarnya kepada Allah Ta’ala atas segala ni’mat yang dikurniakan Nya. 

Demikian juga, tiada berbeza antara seorang Muslim dengan seorang kafir dalam mencari hakikat dan kesungguhan dalam bidang sejarah, ekonomi, politik, undang-undang dan lain-lain ilmu sains dan sastera. Walau bagaimana pun ada perbezaan dalam pandangan di antara dua golongan manusia ini. Seorang Muslim mempelajari setiap ilmu dengan pandangan yang benar dan tujuan yang baik. Dengan ilmunya itu ia mencari natijah yang sihat. 

Dalam ilmu sejarah ia mengambil pelajaran dan pengalaman manusia zaman lampau dan mencari sebab-sebab hakiki bagi ketinggian bangsa-bangsa dan kejatuhannya. Ia bersungguh-sungguh untuk mengenal sesuatu yang memberi manfa’at yang betul di dalam kemajuan dan peradabannya. Ia mengambil faedah daripada perbuatan tokoh-tokoh sejarah yang salih dalam perbuatan dan perkataan mereka. Ia menjauhi apa saja yang boleh membinasakan bangsa-bangsa dan menbuang segala sebab yang menimbulkan bencana dan kelemahan. 

Di dalam ekonomi, ia memilih cara-cara pengusahaan mencari kekayaan dan pembelanjaannya yang memberi manfa’at kepada manusia, tidak terhad kepada sesuatu golongan sahaja, melainkan melingkupi seluruh penduduk muka bumi. 

Di dalam bidang politik, cita-citanya tertuju kepada pelingkupan bumi ini dengan asas-asas keselamatan, kesejahteraan, keadilan, kebaikan, kemuliaan dan marwah. Ia tidak akan berusaha memperbudak manusia dan menghinakannya. Ia tidak berusaha memeras mereka, peribadi oleh peribadi, atau kelompok oleh kelompok. Baginya kewibawaan alat-alat kerajaan dan pemerintahan adalah perkakas penenteram, kurnia Allah yang dipergunakan untuk membahagiakan hambaNya dan untuk kejayaan mereka seluruhnya. 
Di dalam bidang undang-undang, pandangannya tertuju kepada penetapan hak dan kewajipan seluruh manusia dengan matlamat menegakkan keadilan, kejujuran dan seorangpun tidak akan dizalimi dengan sesuatu cara. 

Benar, jujur, memelihara diri dan kecemaran, takut akan Allah dan mengikut yang hak, semua itu adalah kumpulan pekerti seorang Muslim. Ia tidak akan hidup di dunia ini melainkan dengan pengetahuan bahawa Allah Ta’ala adalah Tuhan seluruh alam dan pemiik setiap yang ada padanya; dan bahawa apa yang ada padanya dan yang ada pada manusia datang daripada Allah; dan bahawa manusia tidak memiliki dirinya dan kekuatan tubuhnya; dan bahawa tiap sesuatu yang ada padanya adalah amanah daripada Allah yang tidak halal baginya menggunakannya melainkan mengikut yang ditentukan oleh keridhaan Allah Ta’ala; dan bahawasanya Allah memperhatikan pelaksanaan amanah ini dan akan membuat perhitungan seteliti-telitinya pada hari yang tiada disangsikan lagi. 
Rujuklah diri anda sendiri, dan berfikirlah sedikit berkenaan dengan pekerti lelaki seperti ini: 

Dibersihkannya kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkannya fikirannya daripada anganangan yang jahat. Diperjamkannya matanya daripada melihat kekejian. Ditulikannya telinganya danipada mendengar yang buruk-buruk. Dipeliharanya lidahnya daripada memperkatakan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran. Ia memilih mati kelaparan daripada diisinya perutnya dengan rezki yang haram. Ditahannya tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. Ia tidak melangkahkan kakinya di jalan yang jahat. Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat. Segala cita-cita dan hajatnya tidak dibawanya ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. Yang paling dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur. Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada jalan yang hak. Dalam padanga nya, yang paling dimurkainya ialah kezaliman, dusta dan khianat. Ia tidak rela menggunakan sifat-silat ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfa’at bagi dirinya

Orang seperti ini, ialah juga yang akan berjaya mencapai kemenangan dunia. Benar! Tidak ada orang di dunia ini yang mempunyai kemuliaan, kehormatan, kelebihan dan ketinggian lebih banyak daripadanya, kerana kepalanya tidak tertunduk, tangannya tidak terulur di depan seseorang selain Allah. Manalah ada alasan bagi kehinaan dan kerendahan untuk mencapainya. Tiada seorangpun di dunia ini yang mempunyai kekuatan, keberanian dan ketangkasan lebih daripada orang seperti ini kerana tiada yang ditakutinya selain Allah. Ketangkasaannya tiada tertakluk kepada yang lainNya. Kekuatan manakah yang mampu menyelewengkannya daripada jalan lurus? Dan harta manakah yang sanggup membeli kekayaan imannya? 

Tiada seorangpun di dunia ini yang lebih kaya dan lebih berharta daripadanya, kerana ia bukan pengejar dunia, dan ia bukan pula pengawal dindingnya yang fana dan bukan pengikut hawa-nafsu. Ia merasa cukup dengan apa yang diusahakannya mengikut jalan yang benar. Ia tiada menoleh kepada kekayaan yang diharamkan. Ia meninggalkannya kerana menganggapnya hina dan ringan walaupun dihidangkan kepadanya berlonggok-longgok. Ini adalah kekayaan sifat memadakan dan ketenangan. Tiada mungkin di dunia ini ada kekayaan yang lebih tinggi nilainya daripada itu. Tiada di dunia seseorang yang dikasihi manusia lebih daripada dirinya, lebih mulia pada pandangan mereka, kerana ia menunaikan hak-hak yang sempurna kepada setiap orang, tiada dikuranginya sedikitpun. Ia berbuat baik kepada mereka, dan tiada berbuat jahat kepada seorangpun.  

Ia memperjuangkan kebahagiaan mereka. Ia tiada mengharap balas dan terima kasih dan mereka. Semua itu dilakukannya kerana ia mendekatkan diri kepada hati manusia. Ia menarik setiap orang untuk mengasihinya, menghormatinya dan memuliakannya. Tiada seorangpun di dunia ini yang berkumpul dalam dirinya kepercayaan dan perpegangan manusia lebih besar daripadanya, kerana ia tidak mengkhianati kepercayaan mereka, dan sentiasa menghadapi mereka dengan berkata benar dan berbuat baik. Ia menunaikan segala yang dijanjikannya kepada mereka dalam setiap keadaannya. Ia tidak pernah meminta ganti ke atas kebenaran dan kejujuran yang diberinya kepada manusia. Dalam dirinya ada keyakinan bahawa Allah memperhatikannya, sehinggapun ke atas perkara-perkara yang tidak dilihat oleh sesiapapun di dunia ini. Jangan anda tanya lagi setakat mana cinta kasih manusia kepadanya, dan setakat mana pula mereka menjadikannya tempat bertanya bagi semua masalah mereka.  

Apabila anda mengetahui semua riwayat hidup Muslim ini, dan akhlaqnya di dunia ini nescaya anda dengan sendirinya menjadi yakin bahawa adalah mustahil seorang Muslim itu hidup terhina di dunia; nescaya anda meyakinkan diri anda sendiri bahawa mustahil seorang Muslim itu hidup hina-dina di dunia gagal dalam menjalankan urusannya. Bahkan tidak boleh tidak ia hidup dalam lingkungan yang mulia, tegak kepalanya, kerana sifat-sifat yang telah dihiaskan oleh Islam kepada dirinya tidak mungkin dapat dikalahkan oleh sesuatu kekuatan paksaan di dunia ini selama lamanya.

Ini, adalah pengalaman seorang hamba Muslim dalam hidup dunianya. Adapun diakhirat Allah melingkupinya dengan keredhaanNya. Dimasukkannya ke dalam taman syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Untuknya disediakan segala pemuas nafsunya. Semua itu adalah balasan atas perbuatannya menunaikan amanah, dan kejayaannya dalam ujian yang ditempohnya di dunia.

Itulah dia kemenangan nyata yang abadi, yang dini’mati oleh hamba Muslim di dunia dan di akhirat.  


Inilah dia Islam. Ugama manusia yang telah difitrahkan kepadanya. Ia tidak tertentu untuk sesuatu ummat sahaja. Ia tidak tertentu untuk sesuatu rantau sahaja. Dan ia tidak tertentu untuk sesuatu masa sahaja. Semua orang yang mengenal Allah menganut agama itu, mematuhi undang undangnya, melalui jalannya yang lurus, pada setiap masa, setiap bangsa dan setiap rantau. Apakah ia menamai agamanya itu Islam, atau menyebutnya dengan nama yang lain sesuai dengan lidah kaumnya. (Sumber: E-Book Asas-asas islam - Abu A'la Al Maududi)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar