Sabtu, 13 Juni 2015

Jalan Untuk Sampai Kepada Ilmu dan Yakin

Jalan Untuk Sampai Kepada Ilmu dan Yakin - Anda telah mengetahui bahawa iman itu tidak dapat tiada akan menimbulkan ta’at. Boleh jadi anda bertanya: “Apakah cara untuk mencapai ilmu yang benar dan keyakinan yang kemas akan sifat-sifat Allah, undang-undang yang diredhaiNya dan kehidupan akhirat?.” 

Sesungguhnya terdahulu telah kami terangkan kepada anda, bahawa kesan-kesan rahmat Allah dan tanda-tanda kerapian pertukanganNya tersibar di setiap pelusuk alani ini. Tanda-tanda itu memberi kesaksian dengan lisan bahawa tiada yang menciptakan alam ini melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dialah yang menjalankannya dan mentadbirkan hal-ehwalnya. Demikian juga menjadi nyata dengan terangnya kepada setiap orang yang melihat kesan-kesan ini akan sifat Allah semuanya. Sifat manakah di antara sifat kebijaksanaan, ilmu, seni, pengampun, pemurah, kasihsayang, ketuhanan, keperkasaan, kejayaan, dan lain-lain sifat Allah Ta’ala, yang tidak terang danipada perbuatanNya dan ke indahan pertukanganNya di alam ini? Tetapi akal manusia dan kemampuannya kadang-kadang telah tersalah ketika menyaksikan kesan-kesan ini dan ketika meneliti hakikatnya. 
Kesan-kesan ini menjadi samar di depan mata manusia, sehingga meskipun ia menunjukkan ke Maha Esaan Allah Ta’ala dalam semua sifatNya, masih ada manusia yang berkata: “Tuhan itu dua!” Yang lain berkata pula: “Bagi alam ini ada tiga Tuhan!” Sebahagian manusia mengambil tuhan tersendiri bagi dirinya, lalu berkata’ “Bagi hujan ada tuhan, dan bagi api ada tuhan!” Mereka menganggap bagi setiap kekuatan alam ini ada tuhan yang khas. Dan di atas semua tuhan ini ada tuhan yang maha besar. Mereka berpegang kepadanya dan mengikut perintahnya. Demikianlah akal manusia telah terpesong dalam mencari Zat Allah Ta’ala dan mengenal sifat-sifatNya, terpesong di dalam kegelapan buta, yang tak dapat diuraikan di sini. 

Demikianlah, manusia itu datang dengan segala sangkaan yang salah dan fikiran yang dusta mengenai kehidupan akhirat. Sebahagian mereka berkata’ “Yang ada hanyalah kehidupan dunia sahaja; kita tidak akan dibangkitkan lagi.” Sebahagian mereka berkata: “Manusia itu berulang-ulang hidup dan mati, sekali sesudah sekali, di dunia ini; dan ia tiada menerima balasan amalnya melainkan di atas dunia ini juga.” 

Adapun hukum yang wajib dipegang oleh manusia bagi menjalani hidupnya mengikut keredhaan Allah Ta’ala, tidak akan dapat dicapainya dengan akalnya tidak sanggup mengenal dengan sendirinya akan Zat Allah Ta’ala dan sifat-sifatNya. 

Bagaimanapun cairnya akal manusia yang telah mencapai peringkat tinggi dalam kemampuan ilmiah, ia tidak akan mampu melihat perkara-perkara ini dengan fikiran atau yang menyerupai fikiran melainkan selepas latihan bertahun tahun dan pengamatan yang panjang. Bahkan selepas ini pun, tidak mungkin timbul dan dirinya kepercayaan dan ia tidak mengaku bahawa ia telah mengenal yang hak dan mendapat ilmu yang sempurna. Tiada disangsikan lagi, bahawa jalan yang dikenal untuk melatih akal dan ilmu manusia tanpa petunjuk dan atas ialah dengan menghabiskan kesungguhannya dan mencari hak dan kebenaran untuk dirinya dengan dirinya sendiri. Maka kejayaan akan diberikan kepada orang yang ditolong oleh usaha dan kemampuannya. Kerugian akan menjadi bahagian orang yang digagalkan oleh kesungguhan dan kemampuannya. Tetapi Allah ‘Azza wa Jalla hendak memberi kurnia kepada hambaNya. Dia tidak mahu membebani mereka dengan latihan sekeras itu. Maka diutusNya lelaki-lelaki di antara manusia sendiri. DikurniakanNya kepada lelaki itu ilmu yang betul mengenai sifat-sifatNya. DiajarNya mereka jalan yang dapat dilalui oleh manusia dalam hidupnya di dunia sesuai dengan keredhaan Tuhannya. Demikian juga, diberiNya mereka ilmu yang benar mengenai hidup akhirat. DisuruhNya mereka menyampaikan ilmunya itu kepada seluruh manusia. 

Mereka itulah Rasul-rasul Allah dan Nabi-nabiNya. Jalan yang menyampaikan mereka kepada ilmu daripada Allah adalah wahyu. Dan kitab yang memuat ilmu ini dinamakan Kitab Allah atau Kalam Allah. Maka sekarang, tiada latihan lagi bagi akal manusia dan kemampuannya, melainkan dan sudut imannya kepada Rasul atau keingkarannya setelah memperhatikan kehidupan Rasul yang baik dan petunjuknya yang agung. 

Barang siapa yang bersedia mengenal kebenaran dan mengikutinya, ia membenarkan yang baik, dan beriman kepada apa-apa yang disampaikan kepadanya, maka menanglah ia dalam latihannya. 


Adapun orang yang mendustakan kebaikan dan meninggalkan orang yang mengajarkannya, maka ia telah menyempitkan dirinya danipada kebolehan mengenal dan menerima yang hak dan kebenaran. Dengan demikian dijadikannya dirinya gagal dalam latihannya. Dipalingkannya dirinya daripada ilmu yang benar tentang Allah, undang-undangNya dan kehidupan Akhirat. (Sumber: Ebook Asas-Asas Islam oleh Sayyid Abu A'la Al Maududi)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar