Minggu, 21 Juni 2015

Iman Kepada yang Ghaib

Iman Kepada yang Ghaib - Sesungguhnya jika anda tidak mengenal sesuatu, tentu anda bertanya kepada orang yang mengetahuinya. Kemudian anda mengamalkan perkataannya dan anda menurunkan fikirannya. Apabila anda sakit misalnya, anda tidak mengubati diri anda sendiri, melainkan anda pergi kepada doktor. Apabila doktor ini handal dalam bidangnya, ia memegang ijazah tinggi kedoktoran, dan anda lihat banyak orang yang disembuhkannya, anda nescaya percaya bahawa ia mempunyai kemampuan untuk menyembuhkan penyakit anda itu. Kerana kepercayaan ini anda tidak akan mencari ubat melainkan apa yang ditunjukkan oleh doktor ini. Anda akan menjauhi segala perbuatan yang dilarangnya. 

Ilustrasi

Demikian juga, apabila anda percaya kepada seorang peguamcara tentulah anda patuhi dia dalam perkara undang-undang. Apabila anda percaya kepada seorang guru maka anda akan benarkan setiap yang diterangkannya kepada anda. Demikian juga ketika anda mahu menuju ke suatu tempat Yang anda tidak mengetahui arah tempat tujuan itu, anda Percaya kepada orang yang memberitahunya kepada anda dan anda benarkan perkataannya, anda lalui jalan yang ditunjukkannya. 

Demikianlah keadaan dalam setiap hal-ehwal dunia. Yang demikian itulah iman kepada yang ghaib. Iman kepada yang ghaib itu, maknanya ialah, anda rujukkan mengenal sesuatu yang tidak anda ketahui kepada seseorang yang mengetahuinya. Kemudian anda benarkan perkataannya. Anda tidak mengenal Zat Allah dan tidak juga sifat sifatNya. Dan anda pun tidak mengetahui bahawa malaikat Nya menggerakkan hal-ehwal alam ini dengan perintahNya dan melingkupi manusia dai’ setiap pihaknya. Dan anda pun tidak mengenal jalan yang betul bagi menjalani hidup ini yang sesuai dengan keredhaan Allah. Anda tidak mempunyai pengetahuan tentang kehidupan akhirat dan apa yang terjadi pada hamba—hamba Allah di negeri itu. Maka semua perkara ini dan yang seumpamanya hanya dapat anda ketahui dan pada lelaki yang sentiasa anda percayai kebenarannya, kesuciannya, dan taqwanya dalam setiap sudut kehidupannya. Anda agungkan ia kerana amalnya yang bersih dan perkataannya yang bijak sana. Maka anda terima bahawa ia tiada berkata melainkan yang hak. Dan bahawa semua perkataannya patut anda akui dan percayai. 


Inilah keimanan anda kepada yang ghaib. Jika anda hendak ta’at akan Allah Ta’ala dan beramal dengan yang disukai dan diredhaiNya, tidak mungkin anda mendapat ilmu yang benar mengenai perkara-perkara ini melainkan tidak dapat tiada mestilah melalui Rasul. Dan tidak mungkin anda mendapat petunjuk kepada jalan Islam yang lurus dan melalui jalan itu tanpa ilmu yang benar ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar