Minggu, 21 Juni 2015

Hakikat Kenabian

Hakikat Kenabian - Sesungguhnya Allah Ta’ ala menciptakan segala yang diperlukan oleh manusia di alam ini. Manusia itu sejak lahirnya diperlengkapi dengan dua mata untuk melihat, dua telinga untuk mendengar, hidung untuk bernafas dan mencium, kuasa perasa di kulit untuk merasa, dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk bekerja, otak untuk berfikir, dan beberapa anggota tubuh lamnya yang menaburi badannya yang kecil itu. Allah memperlengkapi manusia seperti itu dengan melihat berbagai keperluannya yang berbagai ragamnya.

Hakikat Kenabian

Kemudian, tatkala manusia itu masuk ke dalam dunia ini, memulai hidupnya di sini, di hadapannya ia menjumpai berbagai sebab kehidupan dan bermacam-macam peringkatnya. Di hadapannya ada udara, ada air, ada cahaya dan ada panas, ada susu di dada ibu, ada kasihsayang di dalam hati ibubapa, kaum kerabat dan lain-lainnya. Kemudian, dalam pertumbuhan dan perkembangannya bertambah pulalah sebab-sebab penunaian keperluannya di dunia ini. Seolah-olah setiap kuasa yang ada di langit dan di bumi tidak dijadikan melarikan untuk menyantuni manusia dan untuk memberi khidmat kepadanya sahaja.

Kemudian, anda maju selangkah lagi ke depan. Anda dapati Allah s.w.t. telah menghibahkan kepada manusia segala yang diperlukannya berupa berbagai kurnia, kemampuan dan kuasa untuk bekerja di dunia ini. Maka setiap peribadi manusia sedikit sebanyak mengumpulkan di dalam dirinya kekuatan tubuh dan akal, kekuatan berfaham, kecerdikan dan kekuatan berucap.

Dan bagi Allah pada ciptaanNya ada beberapa keadaan yang tiada memujinya melainkan Ia. Ia tidak menyamakan semua peribadi manusia dalam membagi kurnia dan kemampuan di antara mereka. Andaikata disamakannya mereka dalam pembahagian itu nescaya setiap orang tidak memerlukan saudaranya yang lain. Dan oleh kerana itu Allah telah mengkadarkan keperluan jenis manusia — secara menyeluruh — yang terdiri daripada berbagai kurnia dan kemampuan, kemudian membagibaginya di antara peribadi-peribadi yang berlainan. Ia berikan sesuatu kemampuan kepada seseorang yang tidak diberiNya kepada yang lain. Sebaliknya. ia berikan kepada orang lain itu apa yang tidak diberikanNya kepada orang yang pertama. Oleh kerana itulah anda lihat sebahagian manusia lebih kuat badannya daripada yang lain. Sebahagiannya pula mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang atau sesuatu kecenderungan yang tidak dipunyai oleh orang lain. Sebahagiannya mempunyai kecerdasan, akal dan kekuatan memahamkan yang tidak ada pada orang lain. Sebahagiannya, secara semulajadi mempunyai kecenderungan keaskaran.

Sebahagiannya dilahirkan mempunyai kemampuan yang khas dalam bidang hukum dan pimpinan. Sebahagiannya dilahirkan mempunyai bakat berpidato yang luarbiasa. Sebahagiannya mempunyai bakat mengarang yang tidak dijumpai pada orang lain. Sebahagiannya tajam dalam berfikir, terang otaknya di dalam sesuatu bidang kemahiran, maka diuraikannya dengan mudah banyak perkara musykil dan ganjil, dan mengherankan dunia menyaksikan ciptaan-ciptaannya. Sebahagiannya mempunyai otak yang mahir yang melebihi orang lain dalam bidang undang-undang, dan dengan segera pandangan-pandangannya tersebar mendahului pandangan orang lain hinggakan beberapa tahun. Semua itu adalah kurnia Allah yang diberikanNya kepada hamba yang dikehendakiNya. Tiada seorangpun yang berkuasa memperoleh kemampuan itu dengan sendirinya. Dan tiada mungkin juga perkara itu datang ke dalam dirinya melalui pelajaran dan pendidikan. Tetapi ia adalah bakat fitrah yang dikhaskan oleh Allah Ta’ala dengan hikmahNya kepada hamba yang dikehendakiNya.

Apabila anda perhatikan adanya kemampuan dan bakat yang berlainan pada peribadi-peribadi manusia nescaya anda ketahui bahawa Allah Ta’ala mempunyai hikmah yang leng kap dalam lapangan ini. Ia telah menjadikan segenap kemampuan dan bakat pada mereka mengikut kadar keperluan jenis manusia. Ia menjadikan laki-laki tentera. Demikian juga mereka yang bekerja dalam bidang pertanian, tukang kayu, tukang besi, tukang potong, dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain yang hampir tidak terbilang jumlahnya.

Adapun orang yang mempunyai kekuatan ilmu, fikiran dan yang mempunyai kemampuan politik dan pimpinan, jumlahnya kecil. Dan yang paling kecil jumlahnya dan semuanya ialah orang yang mempunyai kecerdasan yang sempuma dan kemahiran yang tunggal dalam sesuatu bidang yang khas. Ini disebabkan oleh kerana amal mereka akan membebaskan manusia berabad-abad lamanya daripada berhajat kepada ahli-ahli yang serupa dalam bidang ini.

Tetapi, apakah telah memadai bagi memenuhi keperluan jenis manusia dan kebahagiaan hidupnya di dunia ini jika sudah ada di antara manusia itu orang-orang yang mahir di dalam ilmu kejuruteraan, ilmu pasti (hisab dsb.nya), ilmu kimia, undang-undang, politik, ekonomi dan ilmu-ilmu yang lainnya? 

Sekali-kali tidak! Ada satu perkara yang manusia berhajat kepadanya lebih besar dan lebih kuat daripada hajatnya kepada seluruh ilmu yang tersebut itu. Iaitu, hendaklah ada di kalangan manusia orang yang membimbing tangannya dan mengajarinya kepada jalan Allah yang lurus. Benar, bahawa semua cerdik-pandai dalam ilmu yang tersebut itu mengajar manusia mengenal apa yang diperlukannya di dunia ini, mengajarnya jalan yang harus ditempuh untuk mengambil manfa’atnya, tetapi keperluannya yang lebih kuat dan lebih besar ialah kepada orang yang menerangkan kepadanya “siapa pemiliknya, siapakah yang telah mengurniakan ke padanya benda-benda yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan apakah keridhaan pengurnia itu, sehingga ia mencapai kejayaan yang abadi yang diyakini dalam menjalani hidupnya yang bersesuaian dengan keridhaanNya.” 


Di antara yang ditolak oleh akal manusia ialah, bahawa Allah Ta’ala yang menjadikan bendabenda kecil dan besar untuk manusia yang mungkin diperlukannya dalam hidup ini, telah lupa akan satu keperluan manusia dan tidak memperhatikan keperluan itu dan mula, sedangkan ia adalah hajat manusia yang paling besar dan yang paling tua sebagai mana telah anda ketahui. Benar! Yang demikian itu takkan mungkin terjadi. Bahkan Allah telah menjadikan dan kalangan manusia itu sendiri beberapa orang yang bersedia melakukan tugasnya kerana Tuhan telah mengenal keperibadian mereka. Maka dari sisiNya diberiNya mereka ilmu agama, akhlaq dan syari’ah, dan membebani mereka dengan kewajipan mengajarkannya kepada hamba Allah dalam dunia ini. Tokohtokoh itulah yang. kita namai Rasul-rasul Allah dan Nabi-nabiNya, salawat Allah dan kesejahteraanNya untuk mereka. 
(Ebook: Asas-asas Islam - Sayyid Al-Maududi).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar