MENGAPA AGAMA INI DINAMAI ISLAM - Ada pun bermacam-macam
agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing ada kalanya
dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas, atau kepada ummat yang
tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. Agama Masehi
misalnya mengambil namanya daripada A1-Masih ‘a.s. Agama Budha di ambil daripada
nama pembawanya, Gautama Buddha. Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian
kerana pendirinya dan pembawa panjipanjinya bernama Zarathustra. Demikian juga
agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama
kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai Yahudi. Demikian
seterusnya.
![]() |
| Mengapa Agama ini Dinamai Islam |
Berlainan dengan agama
Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada
ummat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung
oleh makna perkataan “Islam” itu sendiri. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan
pembawa dan pengasasnya yaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas
bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa. Ia mempunyai matlamat
untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Siapa saja yang
bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia
adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang
Muslim.
MAKNA PERKATAAN
ISLAM
Apabila anda memeriksa
kitab-kitab kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam ialah
“tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa
bantahan”. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan
kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.
(Sumber: E-Book Asas-asas islam - Abu A'la Al Maududi)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar